FIFA Club World Cup 2023 Bakal Berlangsung Di Arab Saudi
February 15, 2023 Aman

FIFA kini telah mengumumkan FIFA Club World Cup 2023 akan berlangsung di Arab Saudi pada tahun ini. Acara kejohanan tersebut bakal diadakan pada 12 hingga 22 Disember 2023 kelak.

FIFA Club World Cup 2023 merupakan kejohanan yang diadakan mempertandingkan pemenang daripada pelbagai kejohanan melibatkan kelab bolasepak dari pelbagai rantau seluruh dunia.

Mengikut format sedia ada, ia memperlihatkan pertandingan melibatkan tujuh pasukan.

Arab Saudi dipilih sebagai negara ke-6 yang menganjurkan kejohanan ini, sejak ia diperkenalkan pada 2000 lepas.

Selain kejohanan ini, Arab Saudi juga akan menjadi negara hos untuk kehonan AFC Asian Cup 2027 kelak.

Komen