Artikel

Penang FC Tawar Dua Pas Bermusim Berharga RM799 & RM599

Skuad berpangkalan di utara semenanjug tanah air, Penang FC antara yang tidak ketinggalan menawarkan pas bermusim buat para peminat dan pendukungnya menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia 2023.

Menerusi makluman pihak kelab berjulukan Harimau Kumbang itu, sebanyak dua jenis pas bermusim yang ditawarkan dengan nama Taring Gold serta Taring Silver yang berharga RM799 dan RM599 masing-masing.

Pembeli dan pemegang pas bermusim Taring Gold dan Taring Silver akan diberikan tempat duduk di ruangan grandstand berbumbung apabila menonton Penang beraksi di laman sendiri. Sebuah laluan khas turut disediakan buat pemegang pas bermusim ini sekaligus dapat mengelak daripada beratur bersama-sama pembeli tiket biasa ketika mahu memasuki stadium.

Bagaimanapun, perbezaan paling ketara antara kedua-dua pemegang pas bermusim ini adalah pemegang pas Taring Gold akan mendapat sehelai jersi Penang musim 2023, sehelai t-shirt Move On atau Hampa Memang Sempoi!

Selain itu, terdapat beberapa beberapa manfaat iaitu diskaun bermula 10% bagi pembelian barangan atau perkhidmatan seperti Matsaleh Barber, Laguna Waterpark, Belhams, Kaki Jersi.

Terdapat beberapa potongan potongan bermula RM40 serta 10 baucar minuman Starbucks.

Manakala, pemegang pas Taring Silver pula akan mendapat kadar diskaun dan potongan yang sama namun mendapat 5 baucar minuman Starbucks.

komen