Jurulatih kelahiran Perancis, Philippe Troussier dikhabarkan telah mencapai persetujuan bersama Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) untuk membimbing skuad senior kebangsaan dan bawah 23 tahun (B-23) negara berkenaan.
Menurut beberapa laporan portal berpangkalan di Vietnam, Troussier dan VFF bersetuju dengan tempoh kontrak lebih dari tiga tahun yang bermula dari 1 Mac 2023 hingga 31 Julai 2026.
Difahamkan, satu majlis perlantikan dan pengenalan jurulatih yang bakal menjengah usia 68 tahun itu akan dibuat secara rasmi pada 26 Februari kelak.
OFFICIAL: Philippe Troussier has officially become the head coach of Vietnam's U23 and National Football Team! 🇫🇷🇻🇳
Will he lead Vietnam's football to even more success in the future? pic.twitter.com/1McZX1QhYF
— Việt Nam Football 🇻🇳⚽️ (@FootyVietnam) February 16, 2023
Antara tugasan awal buat Troussier adalah mempersiapkan skuad B23 Vietnam untuk menghadapi temasya Sukan SEA Kemboja 2023 yang akan bermula pada Mei nanti.
Untuk makluman semua, Vietnam merupakan pemenang pingat emas bagi acara bola sepak lelaki pada edisi Sukan SEA Hanoi 2021.
Sebagai tambahan, badan induk bola sepak Vietnam terpaksa mencari pembimbing baharu terutamanya bagi skuad seniornya selepas ketua jurulatihnya sebelum ini, Park Hang-seo tidak melanjutkan kontraknya.
Featured Image: VFF