Dua Menteri Kabinet Indonesia Maju Terajui PSSI
February 17, 2023 Hafizuddin Omar

Badan induk bola sepak negara jiran tetangga, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menyaksikan ianya diterajui oleh dua orang menteri daripada barisan kabinet Indonesia Maju bagi penggal 2023-2027.

Perkembangan itu hadir apabila Menteri Badan Usaha Milik Negara merangkap bekas pemilik Inter Milan, Erick Thohir memenangi pemilihan jawatan Ketua Umum PSSI dalam Kongres Luar Biasa yang berlangsung pada semalam.

Dalam pemilihan tersebut, Erick memenangi kerusi panas tersebut selepas mendapat 64 undian mengatasi tiga pencabar lain iaitu La Nyalla Mahmud Mattalitti (22 undian), Arief Putra Wicaksono dan Doni Setiabudi.

Sementera itu, satu lagi jawatan tertinggi dalam PSSI iaitu Wakil Ketua Umum I pula diisi oleh Zainuddin Amali merangkap Menteri Olahraga dan Pemuda selepas Yunus Nusi yang meraih undian tertinggi pada sesi undian kali kedua menarik diri.

Sementara itu, Wakil Ketua Umum II pula diisi oleh Ratu Tisha Destria yang merupakan bekas Sekretaris Jenderal (Setiausaha Agung).

Bercakap mengenai Erick, selain pernah memiliki dan menerajui kelab gergasi Itali, beliau juga pernah memegang saham majoriti kelab yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu DC United. 

Komen