JDT & Terengganu Tersenarai Dalam Kalangan 15 Kelab Terbaik ASEAN
February 17, 2023 Hafizuddin Omar

Hanya dua kelab sahaja dari saingan Liga Super Malaysia yang tersenarai dalam kalangan 15 kelab terbaik di rantau ASEAN menurut Power Rankings yang dikeluarkan oleh laman analisis bola sepak, Opta Analyst.

Dua kelab tersebut adalah juara dan naib juara Liga Super musim lalu iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC yang diberikan ranting 71.6 dan 63.7 mata masing-masing.

Pungutan mata itu meletakkan kedua-dua kelab tersebut menghuni tangga ke-583 dan ke-1806 masing-masing.

Berdasarkan tapisan yang dibuat dengan menyenaraikan liga-liga dari negara rantau ASEAN seperti Thailand, Vietnam, Indonesia, Singapura, Filipinan, Laos, Myanmar serta Malaysia, JDT menjadi kelab kedua terbaik selepas Buriram United yang memiliki rating 72.6 serta menghuni ranking ke-500.

Kedudukan ketiga diikuti dengan Hanoi FC (Vietnam), Bangkok United, BG Pathum United (Thailand), United City FC (Filipina), Chiangrai United (Thailand), Kaya FC (Filipina), Viettel FC (Vietnam), Persib Bandung (Indonesia) dan Terengganu FC (Malaysia).

Manakala baki empat kelab lain lagi adalah Binh Dinh FC (Vietnam), Muangthong United, Chonburi FC dan Port FC (Thailand).

Sebagai perbandingan, kedudukan skuad berjulukan Harimau Selatan yang menjuarai saingan Liga Super sebanyak sembilan kali berturut-turut mengatasi kelab England dan Sepanyol iaitu Blackburn Rovers dan Real Zaragoza masing-masing.

Manakala tinjauan terhadap baki 12 kelab Liga Malaysia yang lain menunjukkan rating dan kedudukan seperti berikut:

Untuk makluman semua, Power Rankings diperkenalkan oleh Opta Analyst pada penghujung bulan lalu. Ianya menyenaraikan hampir 13,500 kelab dari seluruh dunia yang memberikan skala dari 0 hingga 100 sekaligus membolehkan peminat membandingkan kedudukan kelab kesayangan dengan kelab-kelab lain seantero dunia.

Featured Image: JOHOR Souther Tigers & Terengganu FC

Komen