Artikel

Jurulatih Berdarah Malaysia-Scotland Bimbing Malayan Tigress B-20

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan perlantikan individu baharu bagi membimbing skuad wanita kebangsaan bawah 20 tahun (B-20).

Individu berkenaan ialah Cameron Ng, berusia 44 tahun, berdarah campuran Malaysia-Scotland merangkap Ketua Unit Akar Umbi FAM sejak tahun 2020.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Haji Rahman mengumumkan perlantikan berkenaan di Wisma FAM, Kelana Jaya dalam satu sidang media yang berlangsung pada hari ini.

Difahamkan, faktor utama pemilihan Cameron ini dibuat berdasarkan faktor memiliki lesen kejurulatihan, Diploma Kejurulatihan AFC/ FAM serta pengalamannya dalam bola sepak akar umbi.

Untuk makluman, perlantikan Cameron ini bagi membimbing skuad wanita B-20 negara mengharungi Kelayakan Piala Asia B-20 Wanita 2024 yang akan bermula pada 8 Mac nanti.

Dalam peringkat kelayakan terbabit, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan G bersama-sama tuan rumah, Kemboja serta Myanmar dan Pakistan.

Sebelum mengharungi kejohanan terbabit, skuad wanita B-20 negara akan turun menentang Mongolia dalam satu perlawanan persabahatan pada 2 Mac.

Sebagai tambahan, perlantikan Cemeron ini dibuat selepas perbincangan serta penilaian menyeluruh dilakukan bersama di antara Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell dan Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Dato’ Suraya Yaacob.

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen