Jenama burger tempatan yang diusahakan oleh Syukor Majid iaitu Syukor Burger akan turut dijual di gelanggang rasmi skuad berjulukan The Bos Gaurus iaitu Stadium Perak.
Perkembangan itu hadir menerusi pemiliknya yang mendedahkan sedang berada dalam fasa perbincangan dengan pihak pengurusan Perak FC untuk menjadikan perusahaannya sebagai Rakan Burger Rasmi bagi skuad berkenaan.
“Kalau ada rezeki, first match, 25 Februari nanti, Syukor Burger bakal menceriakan Stadium Negeri Perak.” tulisnya di laman sosial.
Difahamkan, hasrat Syukor untuk memperluaskan penjualan jenama burger miliknya ke Stadium Perak hadir selepas sambutan menggalakkan oleh para peminat bola sepak di Stadium Darul Aman ketika majlis pelancaran jersi baharu Kedah Darul Aman FC, pada Sabtu lalu.
Ketika majlis pelancaran terbabit, Syukor Burger menawarkan set yang merangkumi burger beserta air minuman ringan pada harga RM10. Ianya mendapat sambutan yang memberangsangkan selain memberikan pengalaman baharu buat pengunjung stadium menikmati burger yang berbaloi tahap kesedapan dan harganya.
Untuk makluman semua, Syukor Burger merupakan Rakan Rasmi Gold buat skuad berjulukan Sang Kenari bagi tahun 2023.
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!