JDT Pertaruh Pemain Muda Dalam Saingan Piala Malaysia, Sasar Ke Suku Akhir – TMJ
February 21, 2023 Hafizuddin Omar

Gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mempertaruhkan skuad yang terdiri daripada pemain-pemain muda apabila beraksi dalam kancah Piala Malaysia yang akan bermula Ogos hingga Disember tahun ini.

Pemiliknya, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendedahkan perkara ini dilakukan bagi memberikan para pemain mudanya minit permainan serta pengalaman. 

Perkara ini dikongsikan oleh TMJ menerusi satu video temu bual yang dimuat naik oleh pelbagai platform media sosial milik skuad berjulukan Harimau Selatan, pada hari ini.

“(Bagi) Piala Malaysia kita ada strategi yang lain, kami akan letak lebih pemain-pemain muda untuk memberi mereka minit (permainan) dan juga pengalaman,

View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

“Jadi kita boleh memberi fokus dengan agenda-agenda yang lain, jadi untuk Piala Malaysia saya berharap dapat masuk suku akhir ataupun separuh akhir tetapi lebih dengan barisan-barisan pemain kami yang muda-muda yang lain,” kongsinya 

Melihatkan kepada pendekatan tersebut, ianya dibuat bagi JDT dapat memberikan tumpuan kepada baki saingan Liga Super dan Liga Juara-Juara AFC (ACL) yang turut berjalan seiringan dengan saingan Piala Malaysia pada ketika itu.

Untuk pengetahuan semua, saingan Liga Super Malaysia yang bermula pada 24-26 Februari akan menutup tirainya pada 17 Disember. 

Manakala bagi saingan peringkat kumpulan ACL pula, ianya akan bermula sekitar pertengahan September dan berakhir sekitar pertengahan Disember. 

Saingan kalah mati ACL pula akan bermula sekitar pertengahan Februari 2024 dan perlawanan akhir pula dijadualkan berlangsung pada 11 dan 18 Mei 2024.

Untuk makluman semua, TMJ menetapkan sasaran menamatkan saingan Liga Super dalam kelompok tiga terbaik sementara bagi kejohanan ACL pula sekurang-kurangnya melepasi peringkat kumpulan.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

Komen