Pemegang RGTC Dapat Diskaun 5% Di AEON BiG Apabila Membeli-Belah Setiap 15hb & 30hb
February 22, 2023 Hafizuddin Omar

Pemegang kad keahlian Selangor FC iaitu Red Giants Team Card (RGTC) akan menikmati diskaun sebanyak 5% apabila membeli-belah di mana-mana cawangan AEON BiG pada setiap 15hb dan 30hb sepanjang musim bola sepak 2023.

Keistimewaan itu diberikan kepada pemegang RGTC apabila skuad berjulukan Red Giants tersebut mengumumkan AEON BiG sebagai rakan rasminya yang terbaru bagi saingan Liga Super 2023.

Kerjasama melibatkan kedua-dua entiti terbabit hadir selepas menandatangani satu perjanjian dengan Selangor FC diwakili oleh Dr. Johan Kamal Hamidon merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) manakala AEON BiG pula diwakili oleh Sheikh Farouk Sheikh Mohamed selaku Pengarah Urusan.

Hasil kerjasama ini juga menyaksikan AEON BiG akan menyediakan barangan keperluan untuk kegunaan Selangor FC.

Selain itu, penjenamaan AEON BiG akan dipaparkan di stadium pada hari perlawanan serta aset digitalnya bagi musim ini.

Untuk makluman, kad keahlian RGTC boleh dimohon atau didaftarkan menerusi laman sesawang di selangorfc.com dengan harga  keahlian baharu sebanyak RM25. Kad keahlian RGTC 2023 sah digunakan sepanjang musim 2023 iaitu dari 15 Januari hingga 30 November.

Featured Image: Selangor FC

Komen