AEON BiG Taja Liga Malaysia Sebagai Promosi Untuk Sukan Tempatan
February 22, 2023 Hafizuddin Omar

Pasar raya besar (hipermarket) AEON BiG yang dikendalikan oleh AEON BiG (M) Sdn. Bhd. kini menjadi entiti terbaru yang hadir selaku salah sebuh penaja bagi saingan Liga Malaysia 2023.

Kehadiran AEON BiG hadir selepas mengumumkan perjanjian kerjasama dengan penganjur liga bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) bertempat di AEON BiG Wangsa Maju pada hari ini.

Difahamkan penglibatan AEON BiG dalam bidang sukan ini bertujuan untuk mempromosikan sukan tempatan dan membina hubungan yang lebih kukuh dalam komuniti. Penajaan terhadap MFL ini menjadi bukti usaha berterusan oleh AEON BiG untuk menyokong aktiviti dalam negara ini.

Susulan kerjasama ini, AEON BiG diangkat sebagai Penaja Eksklusif Hipermarket Liga Malaysia 2023.

Untuk makluman semua, penglibatan AEON BiG dalam menaja aktiviti sukan ini bukanlah sesuatu yang baharu. Pada tahun lalu, AEON BiG bersama pengilang air mineral semula jadi beroksigen, BubbleO2 telah menandatangani penajaan bagi Liga Besbol Nasional 2023.

Selain itu, mereka turut bekerjasama dengan kelab bola sepak komuniti tempatan, Setiawangsa Rangers yang bersaing dalam beberapa kejohanan bola sepak amatur dan junior. Tidak ketinggalan, AEON BiG turut menaja pasukan bola sepak wanita Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Sebagai tambahan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingan berkata ini merupakan penajaan ke-12 yang menyertai keluar besar Liga Malaysia yang merangkumi saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Piala MFL dan MFL Challenge Cup.

Komen