Jaguh badminton perseorangan lelaki tanah air, Lee Zii Jia kini bergelar Duta Jenama LG Electronics Malaysia – pengeluar alatan rumah terkemuka.
Pengumuman rasmi mengenai pemain yang menghuni ranking keempat dunia terbabit sebagai duta hadir menerusi satu majlis yang berlangsung di Le Meridien Petaling Jaya pada hari ini.
Untuk makluman, ini merupakan lanjutan daripada perlantikan Zii Jia sebagai Duta LG PuriCare pada tahun 2021 lalu kepada mewakili imej jenama LG secara menyeluruh.
Kerjasama semasa ini akan meneruskan program duta sebelum ini disamping memperluaskannya lagi kepada produk Hiburan Rumah, Peralatan Rumah dan lain-lain.
LG berhasrat kolaborasi dengan Zii Jia dapat meningkatkan kesedaran cara hidup berkualiti tinggi dengan slogan “Live Smarter, Go Higher”.
Difahamkan sokongan LG ini berterusan sehingga temasya Sukan Olimpik Paris 2024.