Syukor Burger Jalin Kerjasama Dengan Satu Lagi Kelab Bola – Perak FC
February 23, 2023 Hafizuddin Omar

Jenama burger tempatan, Syukor Burger berhasil menjalin satu lagi kerjasama dengan kelab bola sepak tempatan selepas Kedah Darul Aman FC (Kedah) iaitu Perak FC.

Pengesahan itu hadir menerusi makluman oleh pemiliknya, Syukor Majid menerusi laman sosial peribadinya pada hari selepas mengumumkan Syukor Burger menjadi Rakan Rasmi Perak FC, pada hari ini.

Selain bersama Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman, kini Syukor Burger juga merupakan official partner Kelab Bola Sepak Perak,” kongsinya.

Pengumuman ini hadir kira-kira dua hari selepas Syukor memaklumkan sedang berbincang dengan pihak pengurusan berjulukan The Bos Gaurus.

Difahamkan, perbincangan terbabit menyusul selepas sambutan yang memberangsangkan para peminat Sang Kenari terhadap Syukor Burger ketika majlis pelancaran jersi baharu serta memperkenalkan barisan penaja di Stadium Darul Aman, baru-baru ini.

Dengan pengumuman secara rasmi oleh Syukor ini, para peminat yang hadir ke Stadium Perak pada 25 Februari nanti akan dapat menikmati produk yang ditawarkan Syukor Burger sambil menyaksikan pertembungan pertama Liga Super antara Perak dan Kedah.

Komen