John Motson yang mengulas 10 edisi kejohanan Piala Dunia, 10 kejohanan eropah serta 29 perlawanan akhir Piala FA Inggeris bersama stesen televisyen British, BBC meninggal dunia pada usia 77 tahun.
Berita kematian pengulas yang terkenal dengan nama panggilan Motty ini dimaklumkan menerusi satu kenyataan oleh ahli keluarganya.
A true legend.
Rest in peace, John. pic.twitter.com/A5zgBn8A6R
— BBC Sport (@BBCSport) February 23, 2023
Untuk makluman semua, karier Motson bersama BBC bermula sebagai penyampai radio di Radio 2 pada tahun 1968 sebelum menyertai program terkenal, Match Of The Day pada 1971 yang menyaksikannya mengulas lebih 2,500 perlawanan di televisyen sepanjang kariernya.
Perlawanan terakhir yang diulasnya adalah pertemuan antara Crystal Palace dan West Bromwich Albion pada tahun 2018 sebelum ‘menggantung’ mikrofonnya – mengumumkan persaraannya.