Artikel

Puma & Man City Pamer Trofi EPL Di Sunway Pyramid Sehingga 25 Februari

Trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dijulang oleh skuad Manchester City (Man City) bimbingan Pep Guardiola pada musim lalu dipamerkan di Football Republic @ Sunway Pyramid Mall bermula hari ini sehingga 25 Februari.

Justeru, orang ramai khususnya peminat skuad The Cityzen serta kaki bola dijemput untuk menyaksikan dengan dekat serta mengabadikan kenangan menerusi foto dan video bersama trofi berketinggian 1.04 meter (m) serta seberat 15.9 kilogram (kg) terbabit.

Penganjur turut menyediakan “photobooth” berserta cetakan secara percuma kepada para pengunjung dan peminat yang merakamkan gambar bersama trofi ini.

Waktu yang dibuka kepada orang ramai melihatnya secara dekat adalah bermula 4 petang hingga 9 malam bagi hari ini. Ianya akan disambung bermula 3 petang hingga 9 malam bagi hari esok.

Untuk makluman semua, trofi ini dibawa ke Malaysia oleh penaja kit Man City iaitu Puma. Kehadiran trofi ini merupakan sebahagian daripada Jelajah Trofi Dunia dengan tujuan meraikan para peminatnya.

komen