Terengganu Gagal Kekang JDT Rangkul Trofi Perlawanan Sumbangsih Kelapan
February 24, 2023 Hafizuddin Omar

Naib juara Piala FA dan Liga Super musim lalu, Terengganu ternyata tidak dapat mengekang gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada merangkul trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Perlawanan Sumbangsih buat kali kelapan dalam sejarah.

Trofi terbabit menjadi milik JDT yang dibimbing oleh Esteban Solari selepas mereka berhasil mencatatkan kemenangan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.

Dua jaringan skuad Harimau Selatan itu dijelmakan oleh Juan Muniz serta Bergson Da Silva pada minit ke-5 dan ke-57 masing-masing.

Pada masa yang sama, kemenangan yang dilakar JDT pada malam ini turut memberikan mereka tiga mata pertama dalam saingan Liga Super.

Untuk makluman semua, kejayaan merangkul trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah ini hadir buat kali kelapan selepas mereka memenanginya pada tahun 2015, 2016, 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

Komen