Artikel

Dua Wakil Negara Rangkul Kejuaraan Saingan Remaja Itali 2023

Perseorangan wanita, Ung Yi Xing serta pasangan beregu lelaki negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai berhasil memastikan kejuaraan dalam kategori masing-masing menjadi milik mereka dalam saingan Remaja Itali 2023.

Yi Xing yang berusia 18 tahun muncul selaku wakil negara yang pertama mengesahkan kejuaraan dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Milan, semalam.

Kejuaraan itu hadir dengan menumpaskan pilihan pertama kejohanan dari Thailand, Sirada Roongpiboonsopit secara “straight set” dengan skor 22-20 dan 21-16.

Sementara itu, Khai Xing-Aaron yang turut berhadapan dengan pilihan pertama kejohanan iaitu gandingan dari Sepanyol, Daniel Franco-Rodrigo Sanjurjo.

Dalam perlawanan tersebut, Khai Xing-Aaron menumpaskan mereka juga secara “straight set” dengan skor 29-27 dan 21-14.

Pada masa yang sama, ada sepasang lagi wakil negara yang turut beraksi dalam perlawanan akhir semalam iaitu gandingan Aaron Tai dan Chan Wen Tse.

Bagaimanapun, Aaron-Wen Tse terpaksa berpuas hati dengan kedudukan sebagai naib juara apabila tumpas kepada wakil Thailand, Tanakorn Meechai dan Fungfa Korpthammakit.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen