Perseorangan wanita muda negara, Karupathevan Letshanaa yang masih segar kejayaan menjuarai saingan Antarabangsa Uganda 2023 kembali bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Badan induk badminton negara mengesahkan perkembangan terbabit dengan mengumumkan secara rasmi kepulangan pemain berusia 20 tahun itu menerusi satu maklumkan di pelbagai platform laman sosialnya, pada hari ini.
Difahamkan, Letshanaa akan kembali bersama BAM secara efektif bermula Rabu kelak bersamaan 1 Mac 2023.
OFFICIAL: LETSHANAA REJOINS THE NATIONAL TEAM
The Badminton Association of Malaysia (BAM) today announced the return of singles player K Letshanaa to the national team. The 20-year-old shuttler, who suffered a back injury and eventually resigned last year, pic.twitter.com/nco8lbNVcp
— BAM (@BA_Malaysia) February 27, 2023
“BAM berbesar hati mempunyai pemain berpotensi sepertinya kembali ke skuad kebangsaan. Dia sudah pasti akan menambah kekuatan pasukan perseorangan wanita negara.” tulis kenyataan rasmi BAM.
Dimaklumkan, BAM memantau dengan rapat perkembangan Letshanaa semasa proses pemulihannya dan kagum dengan komitmen yang ditunjukkan.
Selain kejuaraan Cabaran Antarabangsa Uganda yang dimenanginya semalam, Letshanaa semasa bergerak secara bebas turut merangkul pingat perak di temasya SUKMA 2022 serta muncul naib juara Cabaran Antarabangsa Malaysia 2022.
Untuk makluman semua, Letshanaa memilih meninggalkan BAM untuk bergerak secara bebas (independent) sejak awal tahun lalu ekoran kecederaan belakang selain memasang misi peribadi untuk layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia