Melaka FC Borong Bekas Pemain Liga Super Termasuk De Paula Hadapi Liga M3
February 27, 2023 Hafizuddin Omar

Bekas pemain-pemain yang beraksi dalam kancah Liga Super menjadi taruhan pasukan baharu, Melaka FC bagi mengharungi saingan Liga M3 yang akan bermula 4 Mac nanti.

Antara bekas pemain Liga Super yang membarisi Melaka FC musim ini ialah Guilherme de Paula, Mohammad Fakhrul Aiman, Syahrul Azwari, S. Veenod, Sharin Sapien dan beberapa lagi pemain lain.

Kehadiran para pemain terbabit disahkan menerusi satu video pengenalan 24 pemainnya di laman sosial rasmi milik kelab berkenaan.

Selain itu, Melaka FC turut memperkenalkan barisan kejurulatihannya dengan diketuai oleh Pedro Hipolito (Portugal) sambil dibantu Leong Hong Seng, Hazalan Jaafar (jurulatih penjaga gol) dan Tiago Moreira (jurulatih kecergasan).

Manakala barisan pengurusan pula dikemudi oleh Muhammad Najimi selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengurus dan dibantu oleh Norizam Ali Hassan sebagai Penolong Pengurus.

Melaka FC akan memulakan kempen Liga M3 dengan menentang SAINS FC di Stadium Hang Tuah, Melaka dengan sepak mula pada jam 8.45 malam pada 4 Mac.

Featured Image: Melaka FC

Komen