Majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2022 yang berlangsung awal pagi tadi bertempat di Paris, Perancis menyaksikan ketua jurulatih, pemain serta penyokong Argentina membolot beberapa kategori lelaki yang dipertandingkan.
Pertamanya, Lionel Scaloni yang membimbing Argentina menjuarai kejohanan Piala Dunia pada tahun lalu dipilih memenangi Anugerah Jurulatih Lelaki 2022 Terbaik mengatasi dua pencabar iaitu Pep Guardiola (Manchester City) dan Carlo Ancelotti (Real Madrid).
#TheBest of #TheBest 🏆 pic.twitter.com/U2ZxPq2aux
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) February 27, 2023
Keduanya, Anugerah Penjaga Gol Lelaki 2022 Terbaik pula menjadi milik penjaga gawang Argentina, Emiliano Martinez mengatasi Yassine Bounou (Maghribi/Sevilla FC) dan Thibaut Courtois (Belgium/Real Madrid CF).
Kemuncaknya, wira skuad berjulukan La Albiceleste iaitu Lionel Messi memenangi Anugerah Pemain Lelaki 2022 Terbaik. Trofi terbabit menjadi milik Messi selepas menumpaskan dua pencabar terdekat iaitu Kylian Mbappe (Perancis/Paris Saint-Germain) dan Karim Benzema (Perancis/Real Madrid).
Tidak ketinggalan, penyokong Argentina turut dipilih untuk memenangi Anugerah Penyokong 2022 Terbaik dalam majlis terbabit.