Ranking BWF: Justin, Letshanaa Hampiri Kelompok 80 Terbaik Dunia
February 28, 2023 • Hafizuddin Omar

Perseorangan lelaki dan wanita muda negara, Justin Hoh dan Karupathevan Letshanaa menghampiri kelompok 80 pemain terbaik dunia dalam kategori masing-masing selepas menjuarai Cabaran Antarabangsa 2023.

Kejuaraan yang dirangkul ketika beraksi dalam kejohanan yang berlangsung di negara Afrika terbabit telah memberikan kedua-dua pemain ini sebanyak 4,000 pungutan mata masing-masing.

Hasil kemaskini ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, pemain berusia 18 dan 19 tahun masing-masing ini menghuni kedudukan ke-84 dunia bagi minggu kesembilan tahun 2023.

Justin menghuni ranking terbabit selepas pungutan 4,000 mata itu membolehkannya melangkau sebanyak 27 anak tangga berbanding kedudukannya pada minggu lalu. Sebagai rekod, minggu lalu Justin menghuni tangga ke-111 dunia selepas 

Manakala bagi Letshanaa pula, pungutan mata yang sama melonjakkannya sebanyak 28 anak tangga berbanding minggu lalu dimana bekas pemain bebas (independent) ini berada di tangga ke-112 dunia.

Lonjakan ini turut mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai perseorangan wanita No.3 negara selepas Goh Jin Wei (ranking ke-31) dan Kisona Selvaduray (ranking ke-48).

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen