Skuad Projek FAM-MSN akan menyarung jersi buatan jenama terkenal dari Jerman iaitu Puma bagi mengharungi saingan Piala MFL 2023.
Perkembangan itu hadir setelah Puma menerusi Active Sports dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menandatangani perjanjian penajaan yang bernilai RM350,000 selama setahun di Wisma FAM pada hari ini.
Susulan perjanjian terbabit, rekaan jersi ‘home’ dan ‘away’ bagi kegunaan Skuad Projek FAM-MSN diperlihatkan kepada umum.
Rekaan ‘home’ menampilkan elemen tradisi skuad Harimau Malaya iaitu berwarna kuning dan berjalur hitam. Sementara itu, rekaan ‘away’ pula menggunakan warna putih dan berjalur hitam.
Empat pemain Skuad Projek FAM-MSN iaitu Adli Ahamad, Muhammad Izzul Azry Abu Mansor, Mohamad Nabil Asyraf Ramli dan Sheikh Mohammad Faris Sheikh Mohammad Faisal tampil memperagakan jersi-jersi baharu terbabit.
Dimaklumkan, jersi ‘home’ dan ‘away’ Skuad Projek FAM-MSN keluaran Puma ini akan mula dijual bermula 3 Mac di outlet Active Sports Shah Alam dan outlet Puma terpilih pada harga RM129.
Featured Image: Football Association of Malaysia