Artikel

Romel, Endrick & Arif Bantu JDT Raih Kemenangan Kedua Liga Super

Pasukan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) berhasil mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Super 2023.

Skuad berjulukan Harimau Selatan merakamkan kemenangan kedua berkenaan ketika turun menentang Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada hari ini.

Kemenangan skuad bimbingan Esteban Solari itu hasil sumbangan jaringan Endrick dos Santosdan Arif Aiman pada minit ke-51 dan ke-90’+1 masing-masing.

Pemain skuad The City Boys turut menyumbang kepada kemenangan JDT apabila melakukan jaringan sendiri pada minit ke-42.

Ketika pengadil bertugas, Mohd Fusser Mad Sallih meniup wisel menamatkan permainan, perlawanan yang disaksikan oleh 6,847 orang di stadium berakhir dengan keputusan 3-0.

Terdahulu, JDT berhasil merakamkan kemenangan sulung serta mengutip tiga mata pertama dalam saingan Liga Super musim ini dengan menumpaskan Terengganu FC di laman sendiri, Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Jumaat lalu.

Untuk perlawanan berikutnya, JDT akan turun ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi menentang Negeri Sembilan FC.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

komen