Artikel

Cabaran Antarabangsa Thailand: Letshanaa, Zhing Yi Kandas Di Peringkat Kelayakan

Kejohanan Cabaran Antarabangsa Thailand 2023 yang berlangsung menyaksikan tiada kelibat perseorangan wanita negara akan beraksi dalam kelompok 32 pemain di babak undian utama (main draw).

Situasi ini hadir selepas dua wakil negara iaitu Letshanaa Karupathevan dan Tan Zhing Yi kandas pada peringkat pusingan pertama kelayakan setelah tumpas kepada lawan masing-masing pada hari ini.

Letshanaa yang masih segar dengan kejayaan merangkul kejuaraan di Cabaran Antarabangsa Uganda pada penghujung bulan lalu dikejutkan oleh pemain Taiwan yang berada di ranking ke-170 dunia, Tung Ciou-Tong secara “straight set” dengan skor 18-21 dan 10-21 dalam tempoh masa hampir 40 minit permainan.

Sementara itu, Zhing Yi yang turut sama mengikut jejak langkah Letshanaa pula mengalami kekalahan juga di tangan pemain Taiwan, Chen Su Yu yang berada di ranking ke-112 dunia.

Zhing Yi terpaksa akur tumpas kepada pemain terbabit juga menerusi “straight set” dengan skor 12-21 dan 13-21 dalam tempoh masa sekitar setengah jam.

Dengan kekalahan ini, pemain negara turut terlepas peluang untuk merebut hadiah utama berupa wang tunai sebanyak AS$1,200 atau bersamaan sekitar RM5,300 serta 4,000 pungutan mata.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen