Klinsmann Sasar Tamatkan Kemarau Lebih 60 Tahun Kejuaraan Piala Asia
March 8, 2023 Hafizuddin Omar

Ketua jurulatih baharu skuad Republik Korea, Jurgen Klinsmann menetapkan sasaran untuk menjuarai saingan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar pada Januari hingga Februari tahun hadapan.

Sasaran terbabit dikongsikan jurulatih kelahiran Jerman berusia 58 tahun berkenaan kepada para pengamal media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, pada hari ini.

View this post on Instagram

A post shared by 대한민국 축구 국가대표팀 (@thekfa)

Klinsmann menjelaskan sasaran itu diletakkan atas faktor memiliki pasukan yang bagus dengan telah terbukti dapat mengalahkan pasukan besar di pentas tertinggi seperti Portugal di Piala Dunia 2022 dan Jerman pada Piala Dunia 2018.

Untuk makluman semua, Klinsmann menandatangani kontrak untuk melatih skuad berjulukan Taeguk Warriors ini sehingga ke saingan Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada. 

Sebagai rekod, Korea muncul sebagai juara Piala Asia kali terakhir pada edisi 1960 ketika mereka menjadi tuan rumah.

Featured Image: Hertha BSC

Komen