Terbuka Jerman: Kanta Singkir Daren Di Pusingan 32
March 8, 2023 Hafizuddin Omar

Perseorangan lelaki senior negara, Liew Daren hanya mampu beraksi di peringkat Pusingan 32 sahaja dalam saingan Terbuka Jerman 2023.

Ini berikutan pemain berusia 35 tahun ini terpaksa akur tumpas kepada pemain Jepun yang menghuni ranking ke-16 dunia, Kanta Tsuneyama sebentar tadi.

Dalam pertarungan tersebut, Daren tumpas secara “straight set” dengan skor 18-21 dan 17-21 dalam tempoh 40 minit permainan di Gelanggang 2.

Kekalahan itu secara langsungnya menyingkirkan Daren daripada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300 ini.

Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan ketujuh melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa. Kekalahan pada kali ini merupakan yang kelima dialami Daren sejak pertemuan sulung mereka di kejohanan Chinese Taipei Grand Prix 2015.

Featured Image: Badminton Association of Thailand

Komen