Lee Zii Jia Hiasi Papan Digital Gergasi Times Square New York
March 9, 2023 Hafizuddin Omar

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menjadi atlet badminton pertama Malaysia menghiasi papan iklan digital gergasi yang tersohor di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS).

Wajah pemain kelahiran Alor Setar yang menghuni ranking ke-4 dunia terpapar di situ sempena keraian ulang tahun ke-55 penaja pakaian dan peralatan sukannya, Victor.

Selain Zii Jia, papan digital gergasi itu turut memaparkan beberapa atlet Victor yang lain seperti Anders Antonsen, Tai Tzu Ying, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan dan Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.

View this post on Instagram

A post shared by VICTOR (@victorsport_official)

Difahamkan, paparan atlet-atlet ini bukan sahaja untuk meraikan ulang tahun ke-55 Victor tetapi ianya juga untuk mempromosikan sukan badminton kepada seluruh dunia.

Untuk pengetahuan semua, jenama Victor mula diasaskan di Taipei, Taiwan pada tahun 1968. 

Jenama ini tampil mengumumkan kerjasama bersama Zii Jia sejurus sahaja pemain berusia 24 tahun ini membuat keputusan untuk bergerak secara bebas (independent) atau profesional bermula awal tahun lalu.

Komen