16 Pasukan Sahkan Penyertaan Piala Sudirman 2023
March 9, 2023 Hafizuddin Omar

Kesemua 16 buah pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan berpasukan campuran dunia iaitu Piala Sudirman 2023, demikian makluman daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kejohanan yang akan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei di Suzhou itu akan disertai oleh China (hos, juara asia), Denmark (juara eropah), Kanada (juara Pan Am), Australia (juara oceania) dan Mesir (juara afrika).

Selain itu, ianya turut disertai tiga pasukan yang mara ke peringkat separuh akhir kejohanan berpasukan campuran asia dan eropah iaitu Korea, India dan Thailand serta Perancis, England dan Jerman.

Baki lima buah pasukan lagi yang terdiri daripada Jepun, Indonesia, Malaysia, Taiwan dan Singapura pula layak menyertai Piala Sudirman edisi kali ini berdasarkan ranking pasukan hasil campuran mata pemain-pemain handalan dalam setiap kategori.

Berikut adalah senarai 16 pasukan yang mengesahkan penyertaan Piala Sudirman serta kedudukan berdasarkan ranking masing-masing:

1 – China (Juara asia, Mata: 439,894)

2 – Japan (Mata: 437,263)

3/4 – Indonesia (Mata: 356,672)

3/4 – Malaysia (Mata: 331,911)

5/8 – Thailand (Semi-finalis asia; Mata: 327755)

5/8 – Korea (Semi-finalis asia; Mata: 322699)

5/8 – Denmark (Juara eropah; Mata: 311494)

5/8 – Chinese Taipei (Mata: 291806)

9/12 – India (Semi-finalis; Mata: 280640)

9/12 – Singapore (Mata: 222770)

9/12 – Germany (Semi-finalis eropah; Mata: 213278)

9/12 – France (Semi-finalis eropah; Mata: 211437)

13/16 – Canada (Juara Pan Am; Mata: 190860)

13/16 – England (Juara eropah; Mata: 128489)

13/16 – Australia (Juara oceania; Mata: 51142)

13/16 – Egypt (Juara afrika; Mata: 61742)

Dimaklumkan, majlis undian bagi Piala Sudirman ini akan dilangsungkan pada 25 Mac (Sabtu) kelak.

Komen