Artikel

JDT Sumbang Kesemua Jualan Tiket 4 Perlawanan Di SSI Kepada Mangsa Banjir

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kesemua hasil jualan tiketnya di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri sehingga akhir bulan Ramadan akan disumbangkan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di negeri tersebut.

Perkembangan itu hadir menerusi maklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik skuad berjulukan Harimau Selatan, pada hari ini.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menitahkan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim agar kesemua jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim sehingga akhir Ramadan disalurkan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di negeri Johor.” ujarnya.

Difahamkan, ianya melibatkan empat perlawanan secara keseluruhan yang merangkumi tiga perlawanan Liga Super menentang Kelantan (11 Mac), Sabah (31 Mac) dan Kedah Darul Aman (9 April) serta satu perlawanan Piala FA bertemu PDRM FC (14 April).

Sumbangan itu akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir melalui pejabat-pejabat daerah di negeri Johor.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

komen