Cabaran Antarabangsa Thailand: Pemain No.2 Korea Singkir Jacky
March 9, 2023 Hafizuddin Omar

Perjalanan pemain muda negara, Jacky Kok Jing Hong dalam Cabaran Antarabangsa Thailand 2023 berakhir setakat peringkat Pusingan 16.

Jacky yang berusia berusia 20 tahun terpaksa akur dengan situasi terbabit selepas tumpas di tangan pemain No.2 Korea yang menghuni ranking ke-55 dunia, Jeon Hyeok-jin 

Dalam pertarungan tersebut, Jacky yang berada di ranking ke-190 dunia tumpas secara “straight set” dengan skor 18-21 dan 14-21 dalam permainan yang berlangsung selama 47 minit di Gelanggang 1.

Untuk makluman semua, ini merupakan kali pertama Jacky turun menentang pemain berusia 27 tahun terbabit merangkap juara Korea Masters 2022 – sebuah kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 300.

Sebagai tambahan, Jacky akan mengambil bahagian dalam kejohanan Ruichang China Masters 2023 yang berlangsung pada minggu hadapan.

Featured Image: Badminton Association of Thailand

Komen