Perjalanan perseorangan lelaki dan wanita negara iaitu Lee Zii Jia serta Goh Jin Wei masing-masing dalam kempen Terbuka Jerman 2023 terhenti setakat peringkat Pusingan 16.
Kejutan terarah kepada Zii Jia yang merupakan pilihan pertama bagi kejohanan bertaraf Super 300 ini tumpas kepada pemain Taiwan yang menghuni ranking ke-49 dunia, Lee Chia-hao.
Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-15, 20-22 dan 21-23 dalam tempoh masa yang menghampiri satu jam.
YONEX German Open 2023
MS – R16
15 22 23 Chia Hao LEE🥇21 20 21 🇲🇾LEE Zii Jia
🕚 in 57 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 9, 2023
Untuk makluman, ini merupakan kali keempat gagal melepasi peringkat suku akhir dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF yang disertai Zii Jia pada tahun ini.
Sementara itu, Jin Wei pula terpaksa akur tumpas kepada pemain No.2 Thailand, Pornpawee Chochuwong di peringkat yang sama.
Pornpawee yang juga merupakan pilihan kelapan kejohanan berhasil mengatasi Jin Wei dengan skor “straight set” iaitu 21-13 dan 21-10 dalam tempoh sekitar setengah jam permainan.
Sebagai tambahan, ini merupakan pertembungan kesembilan melibatkan Jin Wei dan Pornpawee. Daripada sembilan pertembungan ini, Pornpawee meraih enam kemenangan sementara hanya tiga sahaja memihak kepada Jin Wei.
YONEX German Open 2023
WS – R16
21 21 🇹🇭Pornpawee CHOCHUWONG🏅
13 10 🇲🇾GOH Jin Wei🕚 in 31 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 9, 2023