Saingan Terbuka Jerman pada tahun ini menyaksikan tiada sebarang beregu lelaki negara berhasil menjejakkan kaki ke peringkat suku akhir.
Ini selepas ketiga-tiga wakil negara yang beraksi di peringkat Pusingan 16 tumpas kepada lawan masing-masing.
Kejutan pertama terbit apabila Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turun selaku pilihan pertama tumpas kepada wakil Jepun yang menghuni ranking ke-25 dunia, Akira Koga dan Taichi Saito.
YONEX German Open 2023
MD – R16
🇯🇵Akira KOGA🏅
21 21 🇯🇵Taichi SAITO🏅
🇲🇾Aaron CHIA
13 18 🇲🇾SOH Wooi Yik🕚 in 45 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 9, 2023
Perlawanan itu dimenangi oleh Koga-Saito secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-18 dalam tempoh masa 45 minit permainan.
Keduanya, gandingan Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong turut mengalami nasib yang sama. Pasangan yang menghuni ranking ke-42 dunia ini tumpas kepada wakil Korea, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae juga secara “straight set” dengan skor 15-21 dan 17-21.
Akhir sekali, beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi juga terpaksa akur dengan kekalahan di Pusingan 16.
Pasangan yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan ini tumpas kepada wakil Taiwan, Lee Jhe-Huei dan Yang Po-Hsuan dalam satu perlawanan yang memakan masa lebih satu jam.
Perlawanan itu berkesudahan dengan skor 18-21, 21-18 dan 21-18.
YONEX German Open 2023
MD – R16
LEE Jhe-Huei🏅
18 21 21 YANG Po-Hsuan🏅
🇲🇾ONG Yew Sin
21 18 18 🇲🇾TEO Ee Yi🕚 in 65 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 9, 2023
Featured Image: Badminton Association of Malaysia