Jenama barangan sukan milik Al-Ikhsan iaitu AL Sports tampil bekerjasama dengan Iktikaf Alif bagi membawakan baju melayu bagi lelaki dewasa dan kanak-kanak serta kurta menjelang Raya Aidilfitri.
Bagi baju melayu dewasa, ianya didatangkan dengan dua variasi rekaan iaitu regular fit dan slim fit. Antara pilihan warna yang ditawarkan adalah hitam, biru, navy, merah jambu, maroon, kuning, beige, hijau dan ungu. Sepasang baju melayu ini diletakkan tanda harga RM169 sepasang.
Manakala bagi baju melayu kanak-kanak pula, ianya hadir dalam versi rekaan regular fit sahaja dengan harga RM129 sepasang.
Selain daripada baju melayu, AL Sports x Iktikaf Alif turut mengeluarkan kurta dengan pilihan satu butang atau tiga butang. Kurta ini hadir dengan pilihan warna merah, perang, hitam, hijau dan biru dengan tanda harga RM99 sehelai.
Baju melayu serta kurta yang dilengkapi dengan teknologi Pesak Ventech ini boleh mula dibeli di laman sesawang www.al-ikhsan.com bermula hari ini. Manakala untuk pembelian secara fizikal pula boleh didapati di cawangan berikut bermula Isnin (13 Mac) hadapan:
- Al-Ikhsan Sports Megastore Johor
- Al-Ikhsan Sports Aeon Bandaraya Melaka
- Al-Ikhsan Sports Kangar Kuala Perlis
- Al-Ikhsan Sports Megastore Bangi
- Al-Ikhsan Sports Mytown, Kuala Lumpur
- Al-Ikhsan Sports Alamanda Putrajaya
- Al-Ikhsan Sports Paradigm Mall, Johor Bahru
- Al-Ikhsan Sports Queensbay Mall Penang
- Al-Ikhsan Sports Jalan Kancut Alor Setar
- Al-Ikhsan Sports Batu Pahat
- Al-Ikhsan Sports East Coast Mall, Kuantan
- Al-Ikhsan Sports IOI City Mall Putrajaya
- Al-Ikhsan Sports Aeon Mall Bukit Tinggi
- Al-Ikhsan Sports Aeon Mall Kota Bharu
- Al-Ikhsan Sports Aeon Mall Seri Manjung
- Al-Ikhsan Sports Kota Bharu
- Al-Ikhsan Sports Kuala Terengganu
- Al-Ikhsan Sports Setapak Sentral
- Al-Ikhsan Sports Mahkota Parade Melaka
- Al-Ikhsan Sports Midvalley Southkey Johor Bahru
- Al-Ikhsan Sports Pavilion Bukit Jalil
- Al-Ikhsan Sports Biz Avenue Seremban 2
- Al-Ikhsan Sports Sunway Carnival Pulau Pinang
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!