Choong Hon Jian dan Goh Sze Fei yang baru sahaja bergandingan berhasil menempah tiket sulung ke perlawanan akhir di Cabaran Antarabangsa Thailand 2023.
Pemain berusia 22 dan 25 tahun masing-masing ini mengesahkan tiket tersebut selepas menumpaskan beregu Indonesia merangkap pilihan kedua kejohanan, Sabar Gutama dan Reza Isfahani di peringkat separuh akhir, petang tadi.
RESULTS: #ThailandIC2023
SF#MAS🇲🇾 Goh Sze Fei-Choong Hon Jian(8) def. #INA🇮🇩 Sabar Gutama-Reza Isfahani(2) 21-15 21-16#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/GJ2qPaiCeN
— BAM (@BA_Malaysia) March 11, 2023
Dalam pertarungan yang berlangsung di Terminal 21 tersebut, Hon Jian-Sze Fei melakar kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-16 dalam tempoh 31 minit permainan.
Sementara itu, lawan bagi Hon Jian-Sze Fei di pentas akhir yang dijadualkan pada hari esok masih belum ditentukan. Namun begitu, ianya berkisar antara beregu Thailand merangkap pilihan pertama kejohanan, Chaloempon Charoenkitamorn-Nanthakarn Yordphaisong atau beregu Indonesia, Alfian Eko Prasetya-Ade Yusuf Santoso.
Featured Image: Badminton Association of Thailand