Artikel

AFA Community Lancar Super App Bagi Memacu Pendigitalan Aktiviti Sukan Di Malaysia

Bagi memacu pendigitalan aktiviti-aktiviti sukan dalam komuniti sukan tanah air, AFA Community tampil melancarkan sebuah aplikasi yang bernama AFA Super App. 

Ianya merupakan sebuah platform komuniti sukan yang membolehkan pengguna membuat dan mencari aktiviti, menguruskan RSVP dalam kumpulan, menempah venue dan membayar secara mudah, mengumpul dan menebus mata ganjaran serta menikmati tawaran daripada rakan kongsi – kesemuanya di hujung jari.

Selain ciri-ciri yang dinyatakan, aplikasi ini direka khusus bagi menyelesaikan kesukaran yang dihadapi oleh penganjur aktiviti atau pemilik venue sukan yang menggunakan kaedah tempahan secara tradisional.

Setakat Mac ini, aplikasi yang dibangunkan secara bersama dengan SegWitz telah mengumpulkan lebih 150,000 pengguna, mendapat tempahan lebih 500,000 jam bermain di 90 venue merentasi 11 negeri – Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Malacca, Penang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak.

Difahamkan, AFA Community merupakan salah satu “startups” (syarikat pemula) teknologi sukan yang muncul dimana Institut Sukan Negara (ISN) mempunyai pegangan saham dan terlibat secara aktif di dalamnya.

Usaha pendigitalan sukan ini turut menyokong strategi teras yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Institut Sukan Negara (ISN) dalam menjadikan Malaysia sebuah negara aktif menjelang 2023.

komen