Arab Saudi Akan Langsungkan 4 Edisi Piala Super Itali
March 14, 2023 Hafizuddin Omar

Saingan bola sepak Piala Super Itali (Supercoppa Italia) yang menemukan juara Liga Itali dan juara Piala Itali (Coppa Italia) bagi empat daripada enam edisi berikutnya akan dilangsungkan di negara teluk, Arab Saudi.

Perkembangan itu hadir selepas Presiden Lega Serie A, Lorenzo Casini memaklumkan kesemua 20 buah pasukan yang beraksi dalam divisyen pertama bola sepak negara berkenaan, Serie A menerima tawaran terbabit dalam satu mesyuarat yang diadakan pada Isnin lalu di Milan.

Selain itu, Lorenzo turut memaklumkan Piala Super Itali pada tahun hadapan akan menggunakan format baharu iaitu melibatkan empat buah pasukan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan samada format melibatkan empat buah pasukan itu akan kekal bagi tahun berikutnya atau kembali menggunakan format seperti sedia kala yang menemukan juara Liga Itali dan Piala Itali.

Untuk makluman semua, saingan Piala Super Itali ini sudah pernah dilangsungkan di Arab Saudi sebanyak beberapa kali iaitu pada tahun 2018, 2019 dan 2022.

Featured Image: Lega Serie A

Komen