Artikel

Astro Arena Siar Siri Dokumentari ‘Little Legends’ Oleh Nicol David Bermula 18 Mac

Sebuah siri dokumentari yang berjudul ‘Little Legends’ akan disiarkan menerusi saluran sukan tempatan, Astro Arena pada setiap Sabtu bermula 18 Mac nanti.

Siri dokumentari ini mengisahkan tentang usaha bekas pemain skuasy No.1 dunia, Datuk Nicol David yang membuat program ‘Little Legends’ melalui pertubuhan bukan berasaskan keuntungan miliknya yang diasaskan bersama Mariana de Reyes, Nicol David Organisation (NDO) bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak melalui sukan dan pendidikan.

Program selepas sekolah (after-school) yang mensasarkan kanak-kanak berusia mulai 8 tahun dan bersama mereka sehingga 12 tahun ini merangkumi latihan skuasy dan pembelajaran bahasa Inggeris kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Setakat ini, ‘Little Legends’ yang disertai oleh kanak-kanak dari empat buah sekolah di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya sudah mempunyai 60 orang peserta. Pada Mei kelak, mereka akan menerima tambahan 60 peserta lagi menjadikan 120 perserta secara keseluruhan.

Untuk makluman semua, siri dokumentari ini mempunyai lima episod dan ianya turut menghidangkan kepada penonton kisah Nicol sewaktu kecil, permulaan kariernya serta perkongsian melalui ibu bapanya sebelum bercerita mengenai mengapa Nicol memulakan NDO yang dilancarkan pada Jun 2022.

komen