Penampilan pertama perseorangan muda negara, Ng Tze Yong dalam Kejohanan Terbuka Badminton Seluruh England (All England) bermula dengan langkah kanan selepas berhasil memastikan kemenangan ke atas lawannya pada Pusingan 32.
Pemain berusia 22 tahun ini mencapai kemenangan terbabit dengan menumpaskan wakil Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito dengan cemerlang secara “straight set” menerusi skor 21-9 dan 21-12 dalam tempoh 36 minit permainan.
YONEX All England Open Badminton Championships 2023
MS – R32
21 21 🇲🇾NG Tze Yong🥇9 12 🇮🇩Shesar Hiren RHUSTAVITO
🕚 in 36 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 14, 2023
Kemenangan ini sekaligus membolehkannya mara ke Pusingan 16 di kejohanan bertaraf Super 1000.
Namun begitu, Tze Yong bakal berhadapan dengan cabaran besar di peringkat tersebut apabila terpaksa membuat perhitungan dengan juara bertahan merangkap pemain No.1 dunia, Viktor Axelsen.
Pemain Denmark berusia 29 tahun ini mengesahkan kemaraan setelah menumpaskan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 19-21, 21-15 dan 21-11.
YONEX All England Open Badminton Championships 2023
MS – R32
19 21 21 🇩🇰Viktor AXELSEN🏅
21 15 11 🇭🇰LEE Cheuk Yiu🕚 in 60 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 14, 2023
Pertarungan ini turut berlangsung sengit dengan memakan masa selama satu jam permainan.
Sementara itu, pertemuan antara Tze Yong yang kini menghuni ranking ke-28 dunia dan Axelsen pada hari esok merupakan yang pertama di pentas kejohanan antarabangsa.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia & Instagram Viktor Axelsen