Tanda tanya mengenai format baharu Piala Dunia bermula edisi 2026 yang melibatkan 48 buah pasukan akhirnya terjawab.
Menerusi makluman oleh badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas mengadakan kongres di Kigali, Rwanda mencapai kata sepakat untuk menggunakan format 12 kumpulan yang diisi dengan 4 buah pasukan sekumpulan.
Juara, naib juara serta lapan buah pasukan pasukan terbaik di tempat ketiga merentasi semua kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati iaitu Pusingan 32. Ini bermakna setiap pasukan akan beraksi sekurangnya tiga perlawanan di peringkat kumpulan.
Perkembangan ini sekaligus merubah format asal ingin diketengahkan iaitu melibatkan 16 kumpulan diisi dengan 3 buah pasukan yang membuatkan setiap pasukan hanya bermain sekurang-kurangnya dua perlawanan sahaja.
An important date for the diary 👀📆
The FIFA Council has confirmed when the @FIFAWorldCup 2026 final will take place – as well as the format for the first-ever 48-team edition. pic.twitter.com/fdXZkLfTvh
— FIFA (@FIFAcom) March 14, 2023
Sementara itu, hanya juara dan naib juara pasukan sahaja akan ke peringkat kalah mati.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, FIFA berkata pemilihan dibuat selepas mempertimbangkan integriti sukan, kebajikan pemain, perjalanan pasukan, komersial dan tarikan sukan termasuk pengalaman pasukan dan penyokong.
Format ini juga disemak semula bagi mengurangkan risiko pakatan sulit (pengaturan) dan memastikan setiap pasukan bermain minimum tiga perlawanan disamping memberikan tempoh rehat yang seimbang antara setiap pasukan bertanding.
Dalam makluman yang sama, FIFA turut mengesahkan perlawanan akhir Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Amerik Syarikat, Mexico dan Kanada ditetapkan pada tarikh 19 Julai (Ahad).
Featured Image: FIFA+