Ruichang China Masters: Jun Hao, Pilihan Ketiga Tumpas Kepada Pemain China Tiada Ranking
March 15, 2023 Hafizuddin Omar

Perjalanan perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao dalam kejohanan Ruichang China Masters – Jelajah BWF Super 100 – berakhir selepas beraksi dalam satu perlawanan sahaja di peringkat Pusingan 32.

Lebih mengejutkan Jun Hao yang merupakan pilihan ketiga kejohanan tumpas kepada pemain tuan rumah yang tidak mempunyai ranking, Dong Tian Yao.

Jun Hao tumpas pertarungan tersebut menerusi tiga set permainan yang berakhir dengan keputusan 21-19, 17-21 dan 14-21 dalam tempoh masa 78 minit permainan. 

Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan selepas beraksi satu perlawanan dalam kejohanan individu antarabangsa yang kedua berturut-turut dialami Jun Hao pada tahun ini.

Terdahulu, Jun Hao yang menghuni ranking ke-71 dunia mengalami nasib yang sama ketika beraksi dalam kejohanan Princess Sirinavannavari Thailand Masters pada hujung Januari lalu.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen