Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memulakan aksi di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2023 dengan langkah kanan.
Pemain yang menghuni ranking ke-4 dunia itu berhasil melakar kemenangan ke atas pemain Thailand, Sitthikom Thammasin dengan mudah dalam pertarungan di Pusingan 32, semalam.
YONEX All England Open Badminton Championships 2023
MS – R32
21 21 🇲🇾LEE Zii Jia🥇12 15 🇹🇭Sitthikom THAMMASIN
🕚 in 33 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 15, 2023
Pertarungan yang berlangsung dalam masa sekitar setengah jam itu berkesudahan dengan Zii Jia meraih kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-15 sekaligus mara ke Pusingan 16.
Sementara itu, perseorangan No.2 Jepun, Kenta Nishimoto menanti Zii Jia di peringkat tersebut selepas berhasil meraih kemenangan ke atas pemain Kanada, Brian Yang juga secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-14.
YONEX All England Open Badminton Championships 2023
MS – R32
21 21 🇯🇵Kenta NISHIMOTO🏅
16 14 🇨🇦Brian YANG🕚 in 44 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 15, 2023
Sebagai rekod, Zii Jia dan Kenta telah bertemu sebanyak lima kali di pentas kejohanan antarabangsa sebelum ini.
Zii Jia dilihat mempunyai rekod yang baik bertemu Kenta dengan melakar empat kemenangan daripada lima pertemuan terbabit.
Menariknya, pertemuan terakhir mereka turut berlangsung dalam kejohanan All England pada edisi lalu yang menyaksikan Zii Jia meraih kemenangan secara “straight set” 21-16 dan 21-17 di Pusingan 32.
Satu-satunya kemenangan dilakar oleh Kenta adalah ketika pertemuan pertama mereka dalam acara berpasukan di temasya Sukan Asia 2018.
Featured Image: Victor & Instagram Kenta Nishimoto