Artikel

Feichtenbeiner Panggil 2 Pemain Liga Super Sertai Skuad Kebangsaan Myanmar

Ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Myanmar, Michael Feichtenbeiner memanggil 24 pemain bagi menghadapi India dan Kyrgyzstan pada rehat antarabangsa FIFA bermula 20 hingga 28 Mac ini.

Menerusi senarai yang dikongsikan platform media sosial milik Persekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF), Feichtenbeiner turut menyenaraikan dua orang pemain tengah daripada kancah Liga Super.

Dua pemain terbabit ialah Hein Htet Aung dan Kyaw Min Oo daripada Selangor FC dan PDRM FC masing-masing.

Myanmar dijadualkan turun menentang India (ranking ke-106) dan diikuti Kyrgyzstan (ranking ke-94) pada 22 dan 25 Mac masing-masing.

Untuk makluman semua, pertembungan menentang India bakal menjadi perlawanan pertama bawah bimbingan Feichtenbeiner sejak dilantik sebagai ketua jurulatih Myanmar sekitar penghujung bulan lalu.

Featured Image: Selangor FC

komen