Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) merangkap Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh mengumumkan Sarawak dipilih sebagai tuan rumah SUKMA edisi seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2024.
Perkembangan itu hadir selepas Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia secara bersetuju memilih negeri terbabit dalam mesyuarat yang berlangsung pada hari ini.
Difahamkan pemilihan Sarawak selaku tuan rumah adalah berpandukan kepada persetujuan ahli-ahli untuk memperkenalkan sistem penggiliran tuan rumah secara berselang seli setiap dua tahun di antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri-negeri.
Selepas giliran Sarawak, temasya SUKMA pada tahun 2026 akan dianjurkan oleh MSN. Manakala Kelantan pula telah bersetuju untuk menerima tanggungjawab selaku tuan rumah SUKMA 2028 untuk memberikan mereka tempoh persiapan yang lebih panjang.
Rasional sistem penggiliran tuan rumah itu bertujuan untuk mengurangkan bebas Kerajaan Persekutuan bagi memberikan bantuan kewangan kepada negeri-negeri yang meliputi peruntukan pembinaan dan naik taraf infrastruktur sukan, kos penganjuran dan juga pembiayaan program persediaan atlet-atlet di peringkat negeri.
Featured Image: Majlis Sukan Negara