Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menyasarkan pasukannya bakal memiliki padang latihan sendiri sebelum tahun 2025.
Norizam yang terkenal dengan nama panggilan Zamsaham berkongsikan perkara berkenaan menerusi platform media sosialnya sambil memohon doa daripada pengikutnya, pada hari ini.
Sekitar pertengahan bulan lalu, Norizam berkongsikan sebuah foto yang memaparkan reka bentuk pusat latihan yang akan dibina dengan diberi nama “TRW Training Center”.
Akan tetapi, tiada sebarang perincian mengenai fasiliti dan kemudahan yang akan dibina di pusat latihan atau padang latihan terbabit.
Namun begitu, sekitar penghujung Januari lalu, Norizam menerusi satu muat naik status di laman sosialnya berkongsikan bahawa ianya akan turut dilengkapi dengan Pusat Pemulihan Sukan (Sports Rehab Centre).
Beliau yang merupakan ahli perniagaan dan pelaburan turut mendedahkan sudah mempunyai pelan 5 tahun kehadapan untuk skuad berjulukan The Red Warriors (TRW) itu.
Featured Image: Facebook Zamsaham