Perseorangan lelaki muda negara, Ng Tze Yong mencipta satu kejutan besar dalam kariernya dengan menyingkirkan pemain No.1 dunia merangkap juara bertahan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England), Viktor Axelsen di Pusingan 16.
Kejutan itu hadir setelah Tze Yong yang menghuni ranking ke-28 dunia berhasil menumpaskan Axelsen yang sering dijuluki peminat sebagai ‘Alien’ menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-15, 9-21 dan 23-21.
YONEX All England Open Badminton Championships 2023
MS – R16
21 9 23 🇲🇾NG Tze Yong🥇15 21 21 🇩🇰Viktor AXELSEN
🕚 in 69 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 16, 2023
Pertarungan sengit yang berlangsung di Gelanggang 1, Utilia Arena Birmingham itu memakan masa lebih satu jam permainan.
Lebih manis, Tze Yong melakar kejutan ini pada pertemuan sulung menentang Axelsen di pentas antarabangsa serta penyertaan pertamanya di All England – sebuah kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000.
Kemenangan ini sudah tentu mengesahkan kemaraannya ke peringkat suku akhir. Menantinya di peringkat tersebut adalah pemain China yang menghuni ranking ke-14 dunia, Li Shi Feng.
Pemain yang berusia 23 tahun ini pula mara setelah menumpaskan rakan senegaranya, Zhao Jun Peng secara “straight set” dengan skor 21-9 dan 21-17.
YONEX All England Open Badminton Championships 2023
MS – R16
21 21 🇨🇳LI Shi Feng🥇9 17 🇨🇳ZHAO Jun Peng
🕚 in 34 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 16, 2023
Featured Image: Badminton Association of Malaysia