Gianni Infantino Kekal Sebagai Presiden FIFA Sehingga 2027
March 17, 2023 Hafizuddin Omar

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) akan kekal di bawah teraju Gianni Infantino bagi penggal seterusnya dari tahun 2023 hingga 2027.

Perkembangan ini hadir selepas Gianni menang tanpa bertanding sebagai presiden badan induk sukan bola sepak dalam Kongres FIFA Ke-73 yang berlangsung di Kigali, Rwanda semalam.

Seusai dipilih semula sebagai Presiden FIFA, Infantino berasa rendah diri dan terharu dengan sokongan yang diberikan dan berjanji akan terus berkhidmat untuk FIFA, bola sepak di seluruh dunia serta 211 ahli gabungannya.

Untuk makluman, Infantino mula dilantik sebagai Presiden FIFA pada tahun 2016 menggantikan Joseph Blatter. Kemudiannya, dia terus memegang jawatan terbabit apabila dilantik semula sebagai presiden pada Kongres FIFA Ke-69 pada tahun 2019.

View this post on Instagram

A post shared by FIFA (@fifa)

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen