Artikel

Wigan Athletic Dipotong 3 Mata Kerana Gagal Bayar Gaji Pemain

Kelab yang beraksi dalam Liga Kejuaraan Inggeris, Wigan Athletic dipotong sebanyak tiga mata berkuat-kuasa serta merta oleh penganjur, Liga Bola Sepak Inggeris (EFL).

Perkembangan itu hadir melalui satu kenyataan rasmi oleh EFL gara-gara kelab berjulukan The Latics itu sekali lagi gagal membayar gaji pemain pada bulan ini.

Hasilnya, Wigan yang kini menghuni tangga tercorot liga hanya mempunyai 31 mata daripada 38 perlawanan – berbeza lapan mata dengan pasukan yang berada di atas zon penyingkiran.

Untuk makluman, kegagalan pembayaran gaji ini melanggar terma Keputusan Dipersetujui (Agreed Decision) yang dimeterai antara Wigan dan EFL pada Januari 2023 sekaligus menyebabkan ‘hukuman’ terhadap kelab diaktifkan secara automatik.

Terdahulu, Wigan dan EFL memeterai Keputusan Dipersetujui itu selepas didakwa melakukan kelewatan dalam pembayaran gaji kepada pemainnya pada Jun, Julai dan Oktober tahun lalu.

Sementara itu, dalam kenyataan terbabit, pemilik kelab juga akan didakwa atas salah laku demikian.

Featured Image: Wigan Athletic

komen