Perjalanan skuad negara kempen Piala Asia Bola Sepak Pantai 2023 yang berlangsung di Jomtien Beach Arena, Pattaya bukan sahaja telah berakhir bahkan turut mengakhirinya di tangga tercorot Kumpulan B.
Perkembangan tersebut hadir selepas Malaysia turut tumpas pada perlawanan akhir peringkat kumpulan bertemu Uzbekistan dengan keputusan 2-6, semalam.
Carta Kedudukan Akhir AFC Beach Soccer Asian Cup Thailand 2023
* Selepas Hari Perlawanan 3 pada Isnin, 20 Mac 2023
MALAYSIA 🇲🇾 2-6 🇺🇿 UZBEKISTAN
UAE 🇦🇪 2-7 🇮🇷 IRAN #FAM #HarimauMalaya #ACBeachSoccer pic.twitter.com/hWjh6Z5qvj— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 20, 2023
Sebelum itu, Malaysia telah mengalami kekalahan di tangan juara Piala Asia Bola Sepak Pantai sebanyak dua kali, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan keputusan 3-5.
Pada ketika itu, kekalahan ini telah mengesahkan skuad negara bimbingan Mohd Saiful Md Noor terkeluar daripada kejohanan ini.
Sementara itu, Malaysia membuka kempen Piala Asia Bola Sepak Pantai ini dengan kekalahan besar kepada Iran dengan skor 5-14.
Featured Image: Football Association of Malaysia