Tonton 2 Perlumbaan MotoGP Secara Percuma Di SPOTV NOW
March 21, 2023 Hafizuddin Omar

Para peminat perlumbaan motosikal kelas premier, MotoGP di rantau asia tenggara akan dapat menyaksikan dua perlumbaan awal musim ini secara percuma sekiranya mendaftar aplikasi SPOTV Now bermula 22 Mac hingga 4 April 2023.

Pendaftaran dalam tempoh itu membolehkan penggunanya menikmati penstriman secara langsung di aplikasi milik SPOTV itu secara percuma selama dua minggu.

Penawaran ini juga bukan sahaja memberikan akses kepada para peminat menyaksikan perlumbaan MotoGP di Portugal (26 Mac) dan Argentina (3 April) secara percuma bahkan perlumbaan Formula E Prix di Sao Paulo, Brazil juga pada 26 Mac nanti.

Untuk makluman semua, tahun 2023 ini menjadi tahun yang besar bagi perlumbaan Kejohanan Dunia MotoGP dimana mereka akan meraikan penganjuran edisi ke-75. Lebih istimewa, mereka akan turut sama meraikan Grand Prix ke-1000 pada perlumbaan di Le Mans pada Mei kelak.

Komen