Kejohanan Terbuka Swiss 2023 yang bermula semalam menyaksikan juara edisi 2021 bagi kategori beregu wanita menjadi salah satu peserta yang tersingkir seawal Pusingan 32.
Situasi terbabit hadir buat Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan merangkap beregu wanita No.1 tanah air setelah tumpas kepada pasangan No.26 dunia, Lee Chia Hsin dan Teng Chun Hsun.
YONEX Swiss Open 2023
WD – R32
LEE Chia Hsin🏅
21 14 21 TENG Chun Hsun🏅
🇲🇾TAN Pearly
15 21 16 🇲🇾THINAAH Muralitharan🕚 in 58 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 21, 2023
Pertarungan tersebut berlangsung sengit dengan mengambil masa hampir satu jam lamanya dan pasangan dari Taiwan itu berhasil menutupnya dengan kemenangan menerusi tiga set permainan berskor 21-15, 14-21 dan dan 21-16.
Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua Pearly-Thinaah bertemu dengan gandingan wanita No.1 Taiwan di pentas antarabangsa.
Pada pertemuan pertama yang berlangsung di Terbuka India sekitar Januari lalu, kemenangan berpihak kepada Pearly-Thinaah menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-14, 16-21 dan 21-6.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia