Sebuah syarikat jenama air minuman tempatan, Jantzen tampil sebagai penaja baharu buat pasukan berpangkalan di ibu kota, Kuala Lumpur City FC bersempena dengan Hari Air Sedunia.
Kehadiran syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1997 ini sebagai penaja baharu skuad kendalian Bojan Hodak ini diumumkan dalam satu majlis menandatangani pernjanjian kerjasama yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada hari ini.
Turut dimaklumkan dalam majlis itu, perjanjian penajaan ini bertempoh selama setahun. Namun kedua-duanya terbuka untuk melanjutkan kerjasama melebihi tempoh terbabit.
Kesinambungan daripada kerjasama ini, Jantzen turut diangkat sebagai rakan hidrasi buat skuad berjululan The City Boys ini.
Untuk makluman semua, ini merupakan entiti sulung yang hadir menaja KL City pasca pengambilalihan Rinani Group yang diketuai oleh ahli korporat, Noor Azri Noor Azerai.